Thursday 12 August 2010

Masak apa hari ni?.. 1 Ramadhan



Salam Ramadhan semua (hihi.. macam ler ramai benor yang baca blog nie)

Sedar tak sedar dah masuk tahun ke-4 kita org puasa kat sini.. huhu. Tapi takpe tahun depan insyallah kami akan balik for good.. yipee!! (sila tepuk tangan.. hehehe) Dan seperti biasa bila masuk bulan puasa, hari2 pikir apa nak masak. Kalau kat Msia boleh ler main tunjuk2 jer kat PARAM (pasar ramadhan). Kat sini kalu nak wat camtu dapat kebab jer lah... So apa lagi mula lah menjelajah blog-blog masakan untuk cari idea. Perghh.. terliur seh tengok gambor2 masakan diorang ni.

So let's see what we had yesterday for iftar.. btw kita berbuka kul 843 pm semalam.



Sajer jer masak banyak-banyak sikit.. konon nak rasa macam beli lauk kat Bazar Ramadhan :P hehehe.. Sebenarnya nak bagi budak2 tu semangat sikit nak berbuka.. maklumlah berpuasa dekat 17 jam kan (from 4am - 843pm) so kena lah motivate lebih sikit.. especially lauk ketam tu, memang khas untuk dia orang jer.

ok lah.. tengok hari ni rezeki apa pulak berbuka nanti...

Selamat berbuka... jgn lupa pegi terawikh :o)





No comments: