Tuesday, 24 August 2010

14th Ramadhan today...

Salam.. dah 2 minggu kita berpuasa. Sekejap jer lagi dah nak raya kan? Nasib baik lah kat sini takde Mega Sale raya.. kalu tak mesti dah sibuk nak beli baju raya, kasut raya, beg raya dan lain-lain.. hehehe.. save duit!


I bet shopping kompleks kat Msia tu sure meriah sakan! Ohh how I miss shopping raya kat Plaza Angsana huhu... Next year kalu sempat balik before raya, for sure situ lah salah satu tempat WAJIB singgah.. mintak2 ler dapat balik before raya..AMIN.

Semalam dah start buat kuih raya sikit... nanti lah dah banyak baru kita tempek gambar kat sini. baru meriah sikit hehe... baru rasa macam beli kuih kat Angsana! Itu pun kalau banyak lah kan.. kalu sikit simpan sendiri sudeh :P

neway.. ni ler beberapa juadah yang sempat di buat (dan di ambik gambar) beberapa hari lepas.. Layan jer lah yer...


Kuih keria


Dough burger malaysia sebelum terjun dalam minyak..


Dah jadi burger Malaysia.. hah ambik ko, ternganga gitu!


Dessert - Cheese sponge cake


Resepi kat sini..kalu ada yg berminat nak buat, sila lah.
Best kek ni.. sangat lah lembut. tak nak kunyah pun buleh..
telan jer macam ular sawa hehe.. tercekik sendiri tanggung..


ok lah until next update (tak tau ler bila tu)...

Selamat meneruskan ibadah puasa.
Rebutlah ganjaran besar di minggu2 terakhir Ramadhan ni
semoga di temukan dgn Lailatulqadar.. amin


Friday, 20 August 2010

Farewell

2 weeks today I will no longer be part of University of Nottingham. 3rd September will be my last day.. then i'm back to become a student again. Today I received an email from NTU about registration, joining instruction and what not. Classes will start 20th September...

Since some of my colleagues are going for a long holiday from tomorrow and won't be here on my last day so I made a cake for them...



Some even give me card and gifts before they left.
thanks a lot!



And what am I gonna miss THE most?

Of course my two-screen PC!

I want this when I go back to UTM..
(IT manager please take note okey?? ) :P

Tuesday, 17 August 2010

Legoland, Windsor

Hari ni tak nak cerita pasal buka puasa sebab semalam makan nasi putih n lauk biasa2 jer. Pastu pulak budak2 tu sibuk nak makan pizza so mama nyer order jer SETTLED! hehe.. tomato and cheese pizza and BBQ chicken pizza.

Ni nak tunjuk gambor masa we all pegi Legoland aritu. This trip sempena Along's 10th birthday on 12th August. Because it fall during Ramadhan, so we bring forward the trip to the last week before Ramadhan..



Millions of LEGO bricks!! This theme park is just right for the kids at my kiddos age. We managed to get on most of the rides unlike masa kat Disneyland.. adik always tak cukup height so we can't get on it together-gether.

We left Notts around 6 am ish and got there around 915 am. Just in time before the park opens at 930. The weather was quite cloudy but i guess it's a blessing in disguise as it feels a bit cool hence we are less tired. All day at the park.. left the park around 8pm (tu dia.. punya lah lama dari pagi..kaki dah mcm nk tercabut penat!!)










THE MINILANDS






:: SAFARI LAND ::
all made of lego bricks! Nampak sgt real kan?



Next... drop by WINDSOR CASTLE before headed home. Next N3 lah yer...

Selamat Berbuka!


Monday, 16 August 2010

Masak apa hari ni? ... 4th & 5th Ramadhan

Salam semua

Dah hari ke-6 kita puasa hari ni kan? Kejap jer kan.. cepat betul masa berjalan. Semalam tak dapat nak update blog. Maklum ler, bila weekend ni busy nyer lebih skit. Masa ni ler nak buat macam-macam - nak pikir masak apa untuk buka jer dah dekat setengah hari hehehe… tu tak masuk buat keje2 lain lagi!

NMC Iftar picnic last Saturday...tak jadi picnic sebab cuaca tak mengizinkan.. so buat indoor kat Islamia School. Makanan secara pot luck, tapi kami di ‘arah’kan bawak makanan cukup utk makan sekeluarga jer. Pastu nanti tukar2 ler makanan. So after pikir dekat setengah hari tu J akhirnya terhasil lah nasi tomato, ayam masak merah and acar rampai. Kuih plak we all bawak kuih BOM!..


Ni bukan BOM main-main tau.. ni betul2 bom yang boleh meletop okey!! Kalau goreng api besar sangat and goreng terlebih lama, maka meletup lah dia!!! Lawak betul. Tu lah resepi main ‘hentam’ jer, padan muka! Tapi gambar ni nampak lawa jer kan? I dah sembunyikan bahagian2 yang merekah tu.. tapi in term of taste.. not bad (sendiri buat, sendiri puji lah kan?) Lembut and sedap. Credit to myself hehehe...



Ni lah juadah kami. Kalau tengah lapar memang tempting habis kan? Al-kisahnya AJK NMC buat pertandingan suka2.. juadah mana yang paling menarik? So u all rasa sape yang menang?? Hihi… sape lagi? Makcik ler!!! Dapat kurma sekotak. Along and Angah yang seronok benor dapat hadiah..

Below are few picts from the iftar session..

Kaum ibu dan anak-anaknya..


Makan dalam dulang tu,
kat Msia pun rasa nya dah tak buat macam ni...

Ni pulak chicken,patato and mushroom pie yang buat malam Sabtu aritu. Dah kena bedal separuh baru ingat nk ambik gambor. Pie ni Along yang suka sangat.. dah lama dia suruh buat tapi mama nyer asyik bertangguh jer! Maklum 'rajin' kan.. tp ni bulan pose kesian pulak kat dia.. akhirnya setelah memaksa diri buat benda ni balik from iftar session tu, alhamdulillah jadi jugak. Laju dia makan masa sahur tu hihi..

Semalam pulak kami berbuka dengan nasi goreng cina, sweet and sour seabass and egg tofu with mixed vegetables. Pastu buat roti john.. tapi hampeh semua tak ambik gambar sebab takde mood. Lagi pun adik demam, so melayan dia jer lah..

Until tomorrow.. selamat memasak and selamat berbuka!

Adieu

Saturday, 14 August 2010

Masak apa hari ni?... 3rd Ramadhan

Salam semua.. hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa. Alhamdulillah walaupun kami berpuasa selama lebih kurang 17 jam, semua nya di permudahkan oleh Nya. Cuaca pun sejuk jadi tak lah rasa letih sangat. Along and Angah pun setakat ni puasa penuh lagi, so alhamdulillah.

So masak apa semalam ? Semalam the other half request nak makan nasi pattaya. Bagus jugak, jadi tak payah nak pikir apa nak masak… So here’s what we had yesterday…

Nasi patayya with fried chicken wings
(chicken wings lupa nak ambik gambor.. )


Pudding custard



Kuih cara berlauk

Hari ni NMC (Nottingham Malaysia Community) buat iftar picnic kat Univ... so berbuka kat luar lah we all hari ni. Sure banyak makanan nanti hehehe.. best2x!! We'll see..

Until then, selamat berbuka semua!



Friday, 13 August 2010

Masak apa hari ni?.. 2nd Ramadhan

Salam semua.. camne puasa semalam? Kami kat Nottingham ni berbuka kul 840pm. Perrghh jenuh lah jugak dengar budak2 tu membebel.. bila nak buka ni? Lama nyer.. dah lapar lah.. kalau ikut kan memang nak kasi dia orang berbuka ikut time Malaysia, tapi bila tengok macam segar bugar jer (bergasak lagi ader lah!) so diam kan jer.. akhir nya puasa penuh jugak dia orang semalam!

So apa juadah berbuka semalam? Let see ours..


Roti Jala makan with leftover kari ayam semalam
(jgn membazir bulan2 pose nie hihi..)


Karipap yang belum di goreng (tak berlapis pun...)
(abis kan stock semalam!)


picts from google
Rojak tahu (gambar tak sempat nak ambik sbb kamera abis bateri huhu..)



Yummehh brownies..

semalam kan bday Along so sajer jer wat ni walaupun dah beberapa kali celebrate bday dia! Resepi ambik kat blog MamaFami tapi I dah ubah sikit, topping tu guna chocolate ganache jer pastu tabur ler hiasan sikit kasi lawa sikit hehehe... Simple dah senang jer nak buat brownies ni. Siap adun in 10 mins pastu bake around 35 mins jer. Thanks kepada tuan punya resepi ni.

Hari ni buka kul 838pm. Hmmm.. apa lah pulak nak masak untuk hari ni??

Thursday, 12 August 2010

Masak apa hari ni?.. 1 Ramadhan



Salam Ramadhan semua (hihi.. macam ler ramai benor yang baca blog nie)

Sedar tak sedar dah masuk tahun ke-4 kita org puasa kat sini.. huhu. Tapi takpe tahun depan insyallah kami akan balik for good.. yipee!! (sila tepuk tangan.. hehehe) Dan seperti biasa bila masuk bulan puasa, hari2 pikir apa nak masak. Kalau kat Msia boleh ler main tunjuk2 jer kat PARAM (pasar ramadhan). Kat sini kalu nak wat camtu dapat kebab jer lah... So apa lagi mula lah menjelajah blog-blog masakan untuk cari idea. Perghh.. terliur seh tengok gambor2 masakan diorang ni.

So let's see what we had yesterday for iftar.. btw kita berbuka kul 843 pm semalam.



Sajer jer masak banyak-banyak sikit.. konon nak rasa macam beli lauk kat Bazar Ramadhan :P hehehe.. Sebenarnya nak bagi budak2 tu semangat sikit nak berbuka.. maklumlah berpuasa dekat 17 jam kan (from 4am - 843pm) so kena lah motivate lebih sikit.. especially lauk ketam tu, memang khas untuk dia orang jer.

ok lah.. tengok hari ni rezeki apa pulak berbuka nanti...

Selamat berbuka... jgn lupa pegi terawikh :o)





Monday, 9 August 2010

Ramadhan Mubarak 1431H


Alhamdullilah dipertemukan dengan bulan yang mulia ini sekali lagi.

Semoga segala amalan kita diterima dan doa kita di makbul kan oleh Nya.

Rebut lah peluang ganjaran dan pahala yang berlipat ganda yang dijanji kan oleh Allah swt.


~ Salam Ramadhan dari kami sekeluarga ~