Tuesday, 15 September 2009

Salam Aidilfitri


Kad raya


Khas untuk keluarga, saudara mara, kawan-kawan tak kira di mana berada... Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga yang jauh.

Tahun ni kali ke-3 kami beraya kat sini.
Entah2 lagi 2 kali raya baru balik Malaysia huhuhu...

Makan ketupat, kuih raya tu ingat2 sikit orang jauh ni.. we all pun makan 'ketupat' jugak, tapi versi dlm plastik jer. Kuih raya pun ada gak.. homemade by myself. Yes thank you.. hehehe. Abis tu nak kuih 'tunjuk' takde, so kuih 'terpaksa buat' lah kan..

MAAF ZAHIR BATIN

Friday, 28 August 2009

Pasar Ramadhan

Sedar tak sedar dah seminggu kita puasa.. tinggal lagi 3 minggu jer kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Mudah-mudahan kita dapat melipat gandakan amalan di bulan yang mulia ini.

Cerita pasal bulan puasa ni.. tak tahu kenapa tahun ni teringat benor PaRam. Bukan Param pelakon veteran yang meninggal baru2 nie.. ni PAsar RAMadhan. Cakap jer nak makan apa, semua ada kat situ... sedap dgn tak sedap jer lah.

Ayam percik, nasi kerabu, roti john, murtabak, nasi lemak berlauk, segala lauk pauk, segala mee yang ada kuah, yang takde kuah, segala mak-bapak kuih muih - our all time fav kuih, tepung pelita, karipap, donut, kole kacang, segala air2 yang berwarna-warni ABC rock, cendol, air tebu, air soya, air katira... banyak nyer tak tersebut kat sini (tapi dah terbayang2 kat depan mata dah ni...)

Nak mengubat hati kita buat lah kuih mana yang mampu.. tapi al maklumlah kuih di perantauan kan, asal boleh je lah.. asal ada, janji rasa sama, cume presentation jer lain...


Amacam ok tak kuih kita? Ni lah PaRam kita.. kat dapur kita jer.. huhuhuuu...

Wednesday, 26 August 2009

Frankfurt, Germany

Punya lah lama since the last entry on our Europe trip. Tu baru day two (day one tak kira coz that's travelling day from UK to Europe) ada lagi 11 hari nk update nie... Dah basi dah cerita trip ni. Maklumlah kan bulan puasa, nak masak lagi, nak terawikh, pastu pikir pulak sahur nak makan apa, esok buka nak masak apa, cukup tak barang nk masak ni.. kalu tak kena singgah kedai pulak.. etc.. etc... Pendek kata memang tak cukup time, macam2 nak buat. Nanti dah 2 minggu pose dah nak buat kuih raya pulak.. hehehe.. macam2 projek. Kena cari gak time nak update, kalu tak nanti lupa pulak nama tempat2 nie.

Anyway back to our trip story, below are picts taken in Germany - mainly in Frankfurt and Fussen only... tempat lain KC kata pegi sendiri. Hehehe.. actually KC mmg cover tempat ni jer kat Germany. So here goes...

By the way to view scenery pictures, click here.
Dalam blog nie more towards personal and family pictures only.

ROMER, FRANKFURT

Bandar Romer in Frankfurt

Ignore jer model baju hijau tu... :)

Dengan adik2 doktor from Russia..

Ceria and colourful
(walaupun penat tetap senyum...
masa ni tak tahu dah bape kali budak2 ni complaint - asik ambik gambar jer!)







Badeness Campsite


Hi lah campsite kami di frankfurt. Tapi sori lah tak sempat nk ambik gambar banyak sebab kat sini semua kena duduk tent, so sampai2 jer semua sibuk cari port tent masing2. Pastu nak pasang tent pun, bukan nya reti sangat. First time camping lah ni kira nya.. HURU-HARA jadi nya. Nasib baik Nor tolong.. thanks Nor.


Siap jer pasang tent, nak rebut toilet plak. Shower bukak sampai kul 11pm jer, lambat tak mandi ler jawab nya. Shower pompuan 2 jer yg ada pintu proper.. yang lain open! Hah sape yang sanggup sila lah.. akak tak sanggup sorry!! Puas jugak lah kami tengok 'free show' makcik2 omputih dlm toilet tu.. tanpa segan silu! Tu lah dia kan kalu dah takde perasaan malu.. eeee nasib baik satu malam jer duk kat campsite nie!

Salam Ramadhan



Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Rasa macam dah terlambat lah pulak.. tapi apa2 pun kami sekeluarga mengucapkan SElamat Berpuasa kepada semua umat Islam terutama buat keluarga dan kawan-kawan tak kira di mana berada. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun-tahun sebelum.

Nampak nya kami berpuasa di UK lagi tahun ni. Dari pukul 415am (lebih kurang) hingga lebih kurang pukul 815mlm. Makin hari semakin lewat sikit waktu subuh dan semakin awal sikit masuk maghrib. Hmmm lebih kurang 16 jam jugak tu.. tapi alhamdulillah dipermudahkan Allah, Along dan Angah pun dapat puasa penuh (setakat ni lah...) . Tahun depan akan lebih mencabar sebab waktu berbuka lebih kurang pukul 9 malam... IAllah di permudahkan olehNya.

Tuesday, 11 August 2009

Chicken pox




One day after we all balik from the trip, Along kena chicken pox. And later that night adik pun infected jugak...

Amsterdam

Amsterdam
19th July 2009

From Volendam, we all bertolak pulak ke Amsterdam.
Big city, hectic, busy macam kat KL jugak.


Sampai2 jer we all naik cruise round2 Amsterdam.


Nampak tak basikal banyak2 tu? Kat sini ramai yang commute guna basikal. They even have special lane untuk basikal and motor.


Interesting facts about Amsterdam

Sex business is legal. Red Light district (RLD) is the famous area for this business. Sekitar kawasan ni, segala 'benda' yang berkaitan di jual secara open. Kalau lalu kawasan ni siang2 tak nampak ler red-light tu, tapi kalau waktu malam bila nampak red-light tu, makna nya 'open for business'. Pilih jer nak yang mana on display window tu...


No pictures are allowed around this area. Paham2 lah kenapa kan???

Lagi satu kalu tak silap, ganja is also legal here. Baik2 kalu beli coffee kat sini sebab biasanya dia akan campur dgn benda nie... hehehe takut ada yang mabuk pulak.


Kat Amsterdam ni banyak betul museum. Masa atas cruise tu, nampak Handbags and purses museum... tu pun ada museum ke? SEX museum pun ada. Kata orang museum ni cerita sejarah pornography. Itu pun ada sejarah ke???


Done with the city of Amsterdam, we went to I AMSTERDAM, popular tourist spot for photo taking I guess.. sebab takde apa2 lain yang menarik kat kawasan ni except for the I Amsterdam wording.. and maybe Hard Rock Cafe kot.


Sempat main kat playgroud kejap...